PROGRAM JAYA WARIS UPSR – 2014
Program Jaya Waris UPSR– 2014 adalah inovasi daripada program tahunan peningkatan prestasi UPSR SK Sungai Lalang. Jawatankuasa Kece...
https://sksungailalang.blogspot.com/2014/04/program-jaya-waris-upsr-2014.html
Program
Jaya Waris UPSR– 2014 adalah inovasi daripada program tahunan peningkatan prestasi UPSR SK Sungai
Lalang. Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR
telah merancang pendekatan terperinci bagi menjana kecemerlangan UPSR
yang lebih baik lagi. Impak daripada keputusan UPSR tahun 2013 yang cemerlang,
pihak j.kuasa berharap program yang menggunakan pendekatan bersepadu serta
mendapat kerjasama penuh daripada PIBG ini dapat merapatkan impian capai sasaran lebih tinggi
pada tahun ini
RASIONAL
·
Institusi pendidikan merupakan institusi yang mempunyai
kekuatan untuk menggembeling
kerjasama semua pihak secara berkesan.
·
Pembentukan barisan hadapan
iaitu ibubapa dan guru dapat memangkin kejayaan anak-anak
·
Proses pendidikan bersepadu
ini diyakini berupaya membentuk keyakinan
, semangat juang yang tinggi murid
bagi menempuh UPSR yang kian hampir.
·
Ibubapa adalah individu yang paling hampir dengan murid,
bagi membuat perubahan tingkahlaku serta dorongan bergerak ke hadapan.
OBJEKTIF
·
Memberi peluang guru dan
ibubapa berinteraksi serta mengadakan
perbincangan tentang pembelajaran anak-anak.
·
Menghayati dan mengamalkan
nilai –nilai kepimpinan , sikap yang
positif dalam mendorong anak-anak
berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan (parenting)
·
Memberi pendedahan mengenai
aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di samping mengharapkan kerjasama serta
mengeratkan silaturrahim di antara pelajar,
guru, waris, PIBG serta komuniti setempat.
·
Memberi suntikan semangat
serta mengharap kerahmatan Ilahi sebelum
pelajar mengorak langkah perjuangan melalui pembacaan Yaasin.
KUMPULAN SASARAN
·
Semua murid tahun 6 seramai 217 orang
·
Waris murid ibu dan bapa – anggaran 260 orang
KAEDAH PELAKSANA
·
Ceramah dan penerangan
·
Bahan Tambahan / brosur (
santapan jiwa ) untuk waris
PERSONALIA
Panitia
Agama Islam, AJK BK dan AJK Kecemerlangan UPSR
PENGISIAN
Input
daripada Wakil PPD, Taklimat oleh Tn
Guru Besar,
pamplet / brosur Motivasi BnK.
Di meja Pendaftaran
Pegawai dari Ppd en Fazli b Samad menyampaikan ceramah beliau mengenai kecemerlangan pelajar SKSL
Para Waris memberi penumpuan ceramah yang sedang disampaikan
Waris mendengar penjelasan pencapaian pembelajaran anak oleh guru-guru kelas
Catat Ulasan