sksungailalang

PENGENALAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan professional guru merupakan proses kerjaya yang panjang dan berterusan. Proses pemiliha...

1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan professional guru merupakan proses kerjaya yang panjang dan
berterusan. Proses pemilihan ke institusi perguruan merupakan proses pertama yang
harus dilalui oleh seseorang itu. Berbekalkan pendidikan umum biasanya dengan
kandungan asas yang diperlukan untuk pengkhususan kursus iaitu selepas terpilih untuk
memasuki Institusi perguruan.Ianya bermula sejak seseorang mula menjadi guru pelatih
sehingga bersara. Setelah tamat pengajian di Institusi pendidikan, pentauliahan
dilakukan sebagai tanda kemahiran telah dimiliki. Ini memberi keyakinan kepada guruguru
untuk menjejakkan kaki ke alam pengajaran dan pembelajaran.
Selari dengan perkembangan globalisasi pendidikan yang pesat ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menggariskan latihan dalam perkhidmatan (LDP) sebagai satu
kewajipan dan prioriti yang mesti dilaksanakan dalam perancangan kerjaya setiap guru.
Dengan itu, bidang pembangunan staf telah dijadikan teras yang penting dalam aras
pembangunan pendidikan negara. Pada tahun 2007, YAB Perdana Menteri Malaysia
telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang
mempunyai enam teras strategik utama bagi memperkukuhkan sistem pendidikan
Malaysia, iaitu: Membina Negara Bangsa; Membangun Modal Insan; Memperkasa
Sekolah Kebangsaan; Merapatkan Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Guru
dan Melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Guru merupakan tunjang dan pelaksana paling utama bagi menjayakan reformasi
pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Peranan guru sangat
2
penting dalam membentu masyarakat dewasa ini. Mengikut pandangan Omstein dan
Miller (1980), guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak
kearah kedewasaan, realiti ini bermaksud guru sebagai agen sosial perlu “dibentuk”
sebelum mereka dapat “membentuk “ orang lain.
Sekarang, cabaran guru semakin bertambah dengan ledakan teknologi maklumat
yang menjadikan masyarakat mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa melalui pengajaran
guru semata-mata lagi. Guru harus sentiasa mengembangkan dirinya secara profesional
supaya ia dapat bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat
menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Menurut Mogana (1994), kemahiran
metodologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan dari masa ke semasa dalam
kerjayanya agar memotivasi serta meningkatkan kualiti guru dalam bilik darjah.
Justeru itu, perkembangan profesionalisma guru tidak boleh diabaikan.
Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka
supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan.
Namun hakikatnya, banyak perubahan yang berlaku dalam pendekatan pengajaran
pembelajaran, tetapi ramai guru yang tidak mengetahui atau sengaja tidak mengetahui
akan perubahan.
Masalah keberkesanan pengajaran pembelajaran timbul apabila guru gagal
melihat apa yang relevan pada suatu masa dahulu tidak semestinya relevan pada masa
kini. Hagen (1973) menyatakan perubahan yang dinamik dan cepat dalam pengajaran
dan pembelajaran bilik darjah telah banyak mewujudkan isu-isu kritikal yang
membelenggu pengajaran guru. Jadi guru perlu dibantu untuk menyaingi perkembangan
dan perubahan dalam dunia pendidikan.
Latihan Dalam Perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling berkesan dalam
memberi latihan dan latihan semula kepada guru-guru yang meliputi pengetahuan dan
kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya bagi mengharungi cabaran
dunia pendidikan. . Menurut Thomos ,1987 bahawa latihan adalah salah satu cara yang
berkesan untuk mengubah tingkah laku dan menjadi alat kepada perubahan tingkah
laku itu melalui proses pembelajaran. Pendapat ini juga disokong oleh Arfah 1992
3
bahawa cabaran guru semakin bertambah dengan ledakan teknologi maklumat lantaran
itu guru harus sentiasa mengembangkan diri secara professional supaya ia dapat
bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugas
dengan baik dan berkesan.
Perubahan tingkah laku dari positif kepada negatif bergantung kepada bentuk
pelajaran yang dipelajari semasa latihan kerana seseorang tidak boleh memaksa
seseorang yang lain supaya berubah tetapi perubahan berlaku melalui proses dalaman
yang melibatkan keyakinan dan keinsafan. (Hassan Ahmad ,1990)
1.2 Latar belakang masalah
Perubahan yang berlaku dalam kurikulum serta fungsi sekolah telah membawa
kepada peningkatan keperluan terhadap program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
serta program-program perkembangan profesionalisme guru. Kini program LDP
merupakan salah satu aktiviti yang penting yang perlu dilaksanakan di semua peringkat
dalam Kementerian pendidikan.
“Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007
telah meluluskan kertas cadangan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan
Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaranbagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya
secara ‘school-based’selaras dengankonsep “let manager manage”
Beberapa garis panduan pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan telah
dikeluarkan bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan jayanya. Semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan ( KPM) diperlukan mengikuti sekurang-kurangya 7 hari
kursus LDP setahun. Penekanan operasian secara “School Base” dengan konsep Let
Manage Manager.
4
Program Latihan dianjurkan oleh pihak sekolah, antara aktiviti yang diambilkira
ialah kursus, bengkel, seminar, Hari Profesional, Taklimat Profesional dan In Hause
Traning. Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri dan dikumpul 6 jam dianggap
satu hari berkursus.
Jadual 1.1 : Bidang Latihan (LDP)
Bil Bidang Latihan %
1 Pengetahuan Profesional 60%
2 Kemahiran Profesional 20%
3 Nilai dan Amalan Profesional
Keguruan.
20%
Jadual 1.1 merupakan bidang latihan LDP di mana pengetahuan profesional
adalah skop yang lebih banyak perlu diberi kepada guru-guru, diikuti kemahiran
profesional dan nilai amalan profesional keguruan.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, peingkatan kualiti profesional keguruan
adalah penting seperti yang tercatat dalam PIPP dengan dasar memartabatkan
profesional perguruan. Dalam ucapan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan kali Ke-35, Dato’ Seri Abdullah telah mengingatkan guru-guru agar
meningkatkan kualiti diri mereka sebagai pendidik. Guru mesti terus mengamalkan
budaya membaca dan menambah nilai kepada ilmu pengetahuan yang ada pada mereka,
terutama yang berkaitan dengan profesion keguruan. Kata-kata beliau telah
menonjolkan betapa pentingnya pembangunan profesional guru dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) negara.
Oleh itu keperluan mengadakan latihan dalaman bergantung kepada keadaan
semasa dan persekitaran sesebuah sekolah khususnya bagi kepentingan pembangunan
sekolah samada kepada guru sebagai staf bagi mempertingkatkan kerjaya sebagai
pendidik atau kepada pelajar sebagai pelanggan bagi membangunkan potensi individu
untuk menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun
5
begitu program ini menampakkan beberapa kelemahanya.Menurut Mohammad
Mortadza (2005) antara kelemahan tersebut ialah:
i) Terlalu banyak maklumat yang ingin disampaikan dalam masa yang
singkat. Peserta berbeza, maka penerimaanya juga berbeza.
ii) Perlaksanaan LDP di peringkat bahagian –bahagian dan JPN bertindih.
iii) Kursus yang dijalankan waktu persekolahan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran ,manakala yang diadakan pada cuti
persekolahan menimbulkan kesukaran kepada guru-guru.
iv) Sebahagian perlaksanaan LDP yang dijalankan tidak efektif dan menepati
keperluan sebenar.
v) Perbelanjaan latihan terlalui tinggi apabila melibatkan ramai kakitangan
sumber .
Dapatan ini disokong oleh kajian Wood dan Thompson (1980) pula mendapati
banyak program pembangunan profesional (LDP) yang dijalankan kurang berkesan,
tidak sesuai, membazir wang atau membuang masa. Kegagalan pelaksanaan latihan
dalam perkhidmatan ini hanya membebankan pihak-pihak yang terlibat serta membazir
sumber-sumber pelaksanaan terutamanya sumber tenaga dan kewangan. Apatah lagi
yang ia dapat membawa sumbangan dan impak positif kepada organisasi. dan guru-guru
itu sendiri. Oleh itu, tahap sumbangan latihan dalam perkhidmatan harus dianalisis dan
dinilai melalui pelaksanaan LDP .
Menurut Bradley et.al. (1991), program latihan pembangunan profesional harus
memainkan tiga fungsi utama pada organisasi, iaitu: stabilisasi, peningkatan dan inovasi.
Dengan itu, sesuatu program latihan yang dirancang dan dilaksanakan wajar mempunyai
unsur-unsur yang dinyatakan. Guru-guru sekolah merupakan sasaran peserta dalam
latihan dalam perkhidmatan. Oleh itu, keperluan guru-guru harus dianalisis serta
dikenalpasti melalui analisis keperluan latihan. Analisis keperluan latihan adalah
penting untuk menentukan bidang-bidang latihan yang diperlukan oleh guru agar ia
dapat menjayakan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) di sekolah.
6
Menurut Al –Ramalah (1992) latarbelakang peserta seperti jantina, umur
pengalaman dan kelayakan perlu diambil kira semasa mengatur program LDP. Ini
disebabkan kajian lepas telah mendapati guru yang berkhidmat dari lima hingga tujuh
tahun mengajar, kebanyakkan guru telah dianggap kurang efektif. Sazali(1993) Ini
sesuai dengan dapatan kajian oleh Jeff (1986) yang mendapati keperluan perkembangan
staf untuk guru-guru yang lama berkhidmat. Mogana (1994) memandang guru muda
perlunya latihan, manakala guru yang telah berpengalaman telah menurun pandangan
mereka tentang perlunya latihan.
Di Malaysia secara amnya objektif program latihan dalam perkhidmatan
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran serta
meningkatkan profesionalisme guru Mohammad Mortadza (2005). Menurut dapatan Al-
Ramalah (1992), guru-guru muda mempunyai objektif berlainan berbanding dengan
guru-guru yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun dalam menentukan objektif
mereka mengikuti LDP yang dijalankan.
Mengikut kajian Ong (1992) kaedah latihan mempengaruhi keberkesanan
program latihan dalam perkhidmatan. Menurut beliau lagi kaedah latihan yang
diberikan seperti kaedah yang lebih aktif seperti main peranan, simulasi boleh menarik
minat guru-guru terutama guru yang berpengalaman. Lawrence (1974) juga bersetuju
dengan pendapat yang sama iaitu faktor pengalaman dan latar belakang guru memberi
kesan kepada kaedah kursus dalam perkhidmatan yang digunakan. Penglibatan yang
aktif dan menyeluruh akan menambah ilmu pengetahuan guru serta mningkatkan tahap
profesionalisme mereka (Lawrence.1974)
Latihan sebegini akan memberi jalan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah
berkembang dalam proses aktiviti mereka dan mengubah cara mereka berfikir serta
sikap mereka terhadap sesuatu kerja. Fullan dan Steigelbauer,(1991). Keadaan ini
sudah pasti dapat memberi kesan kepada latihan yang merupakan alat untuk
membangunkan sumber manusia dalam sesebuah organisasi.
7
Dapatan Lambert (1989), Terdapat juga segelintir guru yang merungut tentang
masa latihan diadakan. Kegagalan program LDP yang dihadiri apabila sessi latihan
merupakan bengkel yang terlalu singkat.Bengkel yang singkat tidak mempunyai masa
yang mencukupi untuk latihan memberi impak kepada amalan yang sebenar.
Faktor lain yang mendorong keberkesanan LDP ialah fasilitator. Penggunaan
pendekatan dan kaedah latihan yang sesuai dengan tajuk dan objektif akan memberi
kesan baik kepada peserta program LDP. Pengendalian harus menggunakan teknik
yang boleh melibatkan peserta secara aktif dan maksimum. Fasilitator yang dipilih
adalah terdiri guru-guru di sekolah yang sama yang mempunyai pengalaman .Kaedah
yang digunakan semestinya sesuai dengan berbagai peringkat kebolehan, kelulusan dan
pengalaman guru yang menyertai latihan itu. Fasilitator yang berkesan perlu
mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah . Hanya dengan cara ini
fasilitator dapat menyediakan dengan keadaan sebenar dunia pengajaran dan
pembelajaran. Ini disokong oleh dapatan Mohd Radzi (1995), penggunaan pendekatan
oleh fasilitator dan kaedah latihan yang sesuai akan memberi kesan yang baik kepada
peserta program latihan dalam perkhidmatan.
Faktor lain yang ingin dilihat ialah proses penyelian terhadap latihan dalaman
itu sendiri oleh pihak pengurusan. Ini dikira aspek penting semasa dan selepas latihan
untuk melihat kekuatan dan kelemahan daripada latihan dalaman yang telah dijalankan.
Dengan itu tindakan susulan wajar diambil untuk memperbaiki atau mempertingkatkan
program padamasa akan datang bagi memenuhi keperluan klien, kurikulum guru dan
organisasi. Hewton (1988), ini menunjukkan tindakan selepas berakhir program latihan
itu akan memastikan segala kekurangan diperbaiki malah segala kelebihan
dipertingkatkan bagi semua pihak yang terlibat.
8
1.3 Pernyataan masalah
Dalam kajian ini pencapaian objektif LDP, aspek perlaksanaan dan
keberkesananya terhadap guru-guru diberi fokus utama. Oleh itu frasa LDP akan
digunakan dalam penulisan penyelidikan ini. Melalui kajian ini, kajian akan dijalankan
terhadap pencapaian LDP yang di jalankan di sekolah.
Berdasarkan dari kenyataan di atas penyelidik ingin menjalankan kajian untuk
meninjau sejauh mana sumbangan Latihan dalam perkhidmatan yang telah dijalankan di
sekolah. Oleh itu tumpuan dalam kajian ini, berkenaan dengan persepsi guru dari
pelbagai latar belakang samada jantina, skim perkhidmatan, pengalaman mengajar,
jawatan yang dipegang dan tempat bertugas terhadap latihan dalaman yang meliputi
aspek-aspek seperti objektif, kepentingan, perlaksanaan dan pemantauan latihan
dalaman di sekolah. Kajian ini akan mengkaji pembolehubah kepentingan dengan
perlaksanaan dan pembolehubah objektif LDP denganaspek perlaksanaan LDP yang
pernah dijalankan.
Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji keberkesanan objektif LDP dan
hubunganya dengan aspek-aspek perlaksanaanya di sekolah-sekolah rendah Zon
Gemencheh, di mana respondan yang berbeza latar belakang supaya langkah yang betul
diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, disamping mempertingkatkan kualiti
pendidikan dan prestasi akademik pelajar.
1.4 Objektif Kajian
i) Mengenalpasti tahappencapaian objektif LDP yang dijalankan di sekolah
rendah.
ii) Mengenal pasti keberkesanan perlaksanaan latihan dan penyelian latihan
berdasarkan LDP berdasarkan aspek ( kesesuaian masa, fasilitator, kaedah,
bidang dan pemantauan) yang dijalankan.
9
iii) Mengenalpasti perbezaan keberkesanan objektif LDP berdasarkan jantina,
dan jawatan guru.
iv) Mengenal pasti hubungan perlaksanaan pencapaian objektif dengan perlaksanaan
LDP mengikut kesesuaian masa, fasilitator, kaedah. bidang dan pemantauan
yang dijalankan
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kajian yang dinyatakan, kajian ini akan menjelaskan tentang
beberapa persoalan iaitu:
i) Apakah tahap pencapaian objektif Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP ) yang
dijalankan di sekolah rendah di Zon Gemencheh?
ii) Adakah perlaksanaan LDP di sekolah bersesuaian menurut aspek kesesuaian
masa ?
iii) Adakah perlaksanaan LDP di sekolah berkesan menurut aspek kesesuaian
fasilitator?
vi) Adakah perlaksanaan LDP di sekolah berkesan menurut aspek pemantauan
selepas LDP ?
v) Adakah perlaksanaan LDP di sekolah berkesan menurut aspek kepentingannya
kepada guru?
vii) Adakah terdapat perbezaan persepsi terhadap pencapaian objekti LDP
berdasarkan jantina dan jawatan guru?
viii) Adakah wujud hubungan yang signfikan di antara objektif LDP dengan kesesuaian
masa, fasilitator, kaedah, kepentingan dan pemantauan yang dijalankan?
10
1.6 Hipotesis Kajian
Beberapa hipotesis kajian yang ingin dikemukakan seperti berikut:
Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan pencapaian objektif LDP berdasarkan
jantina.
Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan pencapaian objektif LDP berdasarkan bidang
tugas.
Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif LDP dengan
aspek masa.
Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif LDP dengan
aspek fasilitator.
Hipotesis 5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif LDP dengan
aspek kaedah LDP.
Hipotesis 6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif LDP dengan
kepentingan LDP.
Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif LDP dengan
aspek fasilitator pemantauan.
1.7 Kepentingan Kajian
Hasil penyelidikan ini diharap dapat menyumbangkan satu perspektif yang
menyuruh tentang pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah rendah.
Penemuan kajian ini boleh dijadikan suatu sumber rujukan dalam penambahbaikan
pembangunan profesionalisme keguruan.
Bagi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
agensi-agensi pelajaran yang berkenaan. Dapatan kajian ini diharap boleh dijadikan
piawaian atau data empirikal dalam merancang program-program latihan dalam
perkhidmatan yang berkesan serta membuat keputusan secara kolektif dalam
11
pembangunan profesional keguruan untuk melatih guru-guru sekolah supaya dapat
menghadapi cabaran era globalisasi sekarang.
Dapatan hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak pelaksanaan dasar
iaitu pihak pentadbiran sekolah. Pihak pentadbiran sekolah adalah pengetua atau guru
besar dan penolong kanan di sekolah. Dengan ini, pihak pentabdiran sekolah harus peka
dan mengesan keperluan sekolah dan guru-guru dalam melaksanakan program-program
latihan dalam perkhidmatan dengan mengambil kira aspek-aspek perlaksanaan LDP.
Hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada guru besar dalam merancang,
mereka bentuk, membangun dan menilai tahap kesesuaian aspek perlaksanaan
perkembangan staf di sekolah masing-masing.
1.8 Skop Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat persepsi guru yang terdiri daripada latar
belakang terhadap latihan dalaman “School Based” yang meliputi aspek kepentingan,
penyelian dan perlaksanaan. Persepsi guru-guru dikaji meliputi aspek objektif dan
persoalan kajian.
Kajian ini akan dilakukan terhadap guru-guru di 7 buah sekolah rendah dalam
Zon Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan.Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah
Kebangsaan Datuk Abdullah, Sekolah Kebangsaan Gedok, Sekolah Kebangsaan Sungai
Dua, Sekolah Kebangsaan Batang Rokan, Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan dan
Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Sekolah Kebangsaan Air Kuning Selatan dan
Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih. Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dipilih untuk
dijalankan kajian rintis. Dapatan-dapatan hasil kajian akan diproses oleh SSPS.
Guru-guru yang dipilih untuk menjawab soal selidik adalah seimbang dari segi
jantina, skim perkhidmatan, tempat bertugas, Seramai 110 orang respondan dipilih di
sekolah rendah Zon Gemencheh tempat kajian akan dijalankan. Alat kajian berupa soal
selidik yang mencakupi objektif dan persoalan kajian.
12
1.9 Kerangka Konsepsual Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dinyatakan dan tinjauan
penulisan yang berkaitan. Kajian ini cuba melihat tahap keberkesanan objektif LDP
dan hubunganya dengan aspek-aspek perlaksanaanya.
Pep
Rajah 1.1 Kerangka KonsepsualKajian
Matlamat kajian ini ialah meninjau tahap keberkesanan pelaksanaan latihan
dalam perkhidmatan (LDP) di sekolah dan hubunganya dengan aspek-aspek
perlaksanaan yang perlu dilihat untuk meningkatkan profesionalisme keguruan di
sekolah . Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang akan digunakan
Latar belakang guru
Sekolah, jantina,latar pendidikan,
jawatan
Objektif LDP
1.Meningkatkan professional guru.
2.Inovasi terkini dalam pendidikan
3.Kemahiran pengetahuan dan
kemahiran profesionalisme keguruan
secara berterusan.
4.Mewujudkan dan memantapkan nilai
dan amalan profesional keguruan.
5.Memartabatkan profesion keguruan.
1. Aspek
Masa
-fasilitator
-Kaedah
Kepentingan
2. Pemantauan
Perlaksanaan latihan
13
dalam kajian ini. Kajian ini didukungi oleh pembolehubah-pembolehubah bebas dan
bersandar. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah faktor-faktor demografi terpilih
jantina, jawatan, tahap pendidikan, skim perkhidmatan dan pengalaman mengajar.
Manakala, pembolehubah bersandar ialah objektif latihan dalam perkhidmatan dan
meliputi aspek perlaksanaan LDP di sekolah
1.10 Definisi Kajian
Secara am kajian berfokus kepada keberkesanan objektif LDP dan hubunganya dengan
aspek perlaksanaan. Oleh itu istilah yang menjadi teras tajuk kajian ini didefinisikan
mengikut skop kajian dan dijelaskan secara terperinci.
1.10.1 Latihan Dalam Perkhidmatan
Dalam konteks penyelidikan ini, istilah latihan dalam perkhidmatan (LDP)
adalah seerti dengan ”perkembangan staf” dan ”pembangunan profesional keguruan”.
Latihan dalam perkhidmatan di sini ditujukan kepada perkembangan dan peningkatan
pengetahuan, kemahiran dan nilai guru-guru secara berterusan baik dalam bidang
pendidikan di sekolah-sekolah rendah Zon Gemencheh, daerah Tampin, N.Sembilan.
1.10.2 Perlaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (School Based)
Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan hendaklah memastikan
anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya hari
setahun.Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 2005. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam.
”Pegawai Perkhidmatan Awam hendaklah mengikuti latihan sekurangkurangnya
(7) hari setahun.”
Mesyuarat Profesional KPM Bil.7/2007, bertarikh 21 November 2007 telah
meluluskan kertas cadangan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan
Profesionalisma Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran bagi Pegawai Perkhidmatan
14
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberi penekanan
pengoperasian secara ”School Based” selaras dengan konsep ” let maneger manage”.
1.10.3 Keberkesanan Latihan
Keberkesanan latihan di dalam kajian ini merujuk kepada perlaksanaan latihan
dalam perkhidmatan yang dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek kesesuaian masa,
fasilitator, kaedah, kepentingan dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Program latihan yang dijalankan dalam pelbagai bidang dan bentuk dengan tujuan
meningkatkan serta memantapkan pengetahuan, kemahiran, keterampilan, nilai dan
amalan profesionalisme keguruan.
1.11 Rumusan
Adalah penting untuk organisasi sekolah untuk melaksanakan program
pembangunan profesionalisme keguruan atau latihan dalam perkhidmatan di sekolah
masing-masing. Tujuan pelaksanaan ini adalah meningkatkan kapasiti dan kualiti guru
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan secara langsungnya dapat
meningkatkan pencapaian prestasi sekolah. Dengan itu, kajian terhadap keberkesanan
objektif dan perlaksanaan meliputi aspek masa, fasilitator, kaedah, bidang, dan penilaian
keberkesanan adalah penting bagi membantu LDP yang dijalankan itu memberi manfaat
kepada organisasi bagi mencapai visi dan misi.

Related

PENGENALAN LDP 5585619479547762876

Catat Ulasan Default Comments Disqus Comments

Pengumuman Penting

Harap Maaf
di atas segala kesulitan
Laman Rasmi ini di dalam proses penambahbaikan

Harap Maklum

Utama

Terkini

Komen

TAKWIM SKSL

Tinggalkan Pesan Anda Di Sini

User Online

Jumlah Pengunjung

item