PERUTUSAN GURU BESAR
Assalamualaikum Wrbkth dan salam sejahtera. Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak barisan pendidik dan kakitangan serta p...
https://sksungailalang.blogspot.com/2014/03/perutusan-guru-besar.html
Assalamualaikum Wrbkth dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak barisan pendidik dan
kakitangan serta para pelajar SKSL ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Alhamdulillah, sembah kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga membolehkan kita berpeluang meneruskan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita.
Kecemerlangan dan kualiti pendidikan berkait rapat dengan kualiti guru. Guru berkualiti bukan sekadar memiliki ilmu dan kecekapan mengajar mengajar, malahan memiliki peribadi serta sahsiah mulia yang dapat dijadikan model ikutan oleh para pelajar. Kesungguhan dan ketekunan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa perlu menjadi amalan setiap guru. Nilaikan diri diamanahkan kedudukan kita dan harapan yang disandarkan oleh masyarakat umumnya yang perlukan pembelaan sama rata sama rasa.
Guru berkualiti sentiasa bersikap positif, seiring menilai diri sendiri dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan yang mendatang, diharapkan tahun 2014, tahap prestasi kurikulum akan terus meningkat bagi semua mata pelajaran dan tahap prestasi pelajar juga makin menyerlah.
Semoga visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Sesungguhnya segala sumbangan dan khidmat bakti para guru amatlah dihargai dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seseorang guru itu akan menjadi sanjungan dan kenangan sepanjang zaman.
Terima kasih Cikgu...
"SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI"
Sekian.
En. Azmi bin Romli
Guru Besar
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LALANG,
08100 BEDONG ,KEDAH DARULAMAN .
Catat Ulasan